Politik

Fasa PKP Pemulihan kritikal untuk negara

PERANAN kerajaan dan rakyat amat penting dalam memastikan negara berjaya memutuskan rantaian Koronavirus (Covid-19) melalui Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sekiranya sebahagian pihak mementingkan diri untuk mendesak kerajaan supaya membuka pintu sempadan untuk merancakkan kembali ekonomi adalah tidak patut.

BACA > Pengurus syarikat didakwa sebar rakaman rakan wanita mandi bogel — Suara Merdeka

Hal demikian ditegaskan Ketua Wira Pergerakan Wira Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif.

Menurut  beliau ekonomi negara boleh dirancakkan pemasaran domestik.

Katanya, tidak wajar merisikokan kembali rakyat yang baharu menghadapi PKP sejak 18 Mac lalu bagi menjana semula ekonomi negara dengan membenarkan pelancong asing masuk.

“Perubahan fasa PKP Bersyarat kepada Pemulihan bukan lesen untuk menyegerakan pembukaan pintu sempadan bagi menerima pelancong mahupun peniaga asing.

“Ia adalah fasa yang paling penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat bebas sepenuhnya daripada belenggu wabak pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia, Datuk Seri Chuah Poh Kiang yang meminta kerajaan membenarkan pelancong asing masuk ke negara ini.

BACA > Anwar perlu buktikan ada aura lebih hebat daripada Tun M untuk jadi PM — Suara Merdeka
BACA > Tun M, Shafie dan pemimpin PH bermesyuarat — Suara Merdeka

Chuah Poh King berkata, kerajaan perlu membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia.

Tambah Nasrul Ali, nyawa rakyat tidak boleh diperjudikan demi memenuhi keperluan dan meraih keuntungan kumpulan peniaga tertentu.

“Adalah lebih baik hajat tersebut ditahan sementara waktu sehingga keadaan dunia khusus negara ASEAN kembali stabil dari ancaman wabak ini.

“Jangan ambil risiko yang akhirnya memudaratkan keselamatan rakyat serta pelbagai ancaman termasuk ekonomi dan perbelanjaan negara bagi memulihkan keadaan,” tegasnya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Dalam tempoh tersebut, beberapa sekatan dilonggarkan termasuk kebenaran merentas negeri yang sebelum ini dilarang bagi membendung Covid-19.

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pintu sempadan hanya dibuka kepada rakyat Malaysia.

BACA > Harga tiket penerbangan melambung: Rakyat Sabah, Sarawak rasa terkilan — Suara Merdeka
BACA > Operasi kedai makan, runcit dilanjutkan hingga 12 tengah malam — Suara Merdeka

Beliau berkata, pintu sempadan dibuka kepada rakyat mahu pulang ke negara ini sahaja dan kemasukan warga asing masih tidak dibenarkan. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button