Politik

Jual ladang sawit, langgar perjanjian punca UMNO jatuhkan Ahmad Faizal

PENJUALAN ladang sawit 15,000 hektar kepada sebuah syarikat Taiko Plantations Pte Ltd yang berpengakalan di Singapura antara punca Ahli Dewan Undangan Negeri Perak hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahun lepas Allahyarham ADUN Slim dari UMNO Datuk Khusairi Abdul Talib telah memberi amaran kepada Kerajaan PH ketika memerintah Perak untuk tidak menjual ladang sawit tersebut pada ketika harga minyak sawit rendah.

Ladang tersebut bernilai RM1.03 bilion dan memberi keuntungan besar sebanyak RM40 juta setiap tahun kepada negeri Perak sebelum pertukaran kerajaan pada PRU14.

“Namun selepas kerajaan PH Perak tumbang dan MB Perak PH menjadi MB Perak PN, penjualan tersebut tetap diteruskan secara rundingan terus tanpa tender di bawah kerajaan PN Perak walaupun harga minyak sawit kini mencecah RM3,400 satu tan berbanding RM1,800 hingga RM2,000 tahun lalu.

“Harga jualan yang diumum pada bulan April 2020 selepas kerajaan PN Perak ambil alih ialah RM342 juta sedangkan nilai keseluruhan ladang itu adalah RM1.03 bilion mengikut apa yg dimaklumkan oleh pengerusi terdahulu atau hanya 35% harga asal,” kata Najib.

Selain itu tindakan Ahmad Faizal juga didakwa melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan ADUN UMNO Perak.

Ini berikutan pelantikan seorang ADUN UMNO sebagai setiausaha politik Ahmad Faizal tanpa merujuk dan mendapat persetujuan dari kepimpinan UMNO negeri.

Jelas Najib, UMNO Perak sudah lama mengambil langkah berjaga-jaga setelah parti PPBM Perak mengambil beberapa orang ADUN UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

“Sebab itu satu perjanjian telah dibuat apabila kerajaan PN Perak dibentuk selepas PH jatuh di sana pada bulan Mac. Antaranya ialah setiap pelantikan politik perlu mendapat persetujuan parti masing-masing.

“Walaupun UMNO telah beberapa kali memberi amaran kepada MB Perak untuk tidak lantik ADUN UMNO menjadi setiausaha politik dia, MB Perak tidak mahu hirau. Seolah-olah UMNO Perak dan perjanjian antara parti tidak penting,” jelas Najib.

Sementara itu, Najib menolak dakwaan kononnya UMNO Perak berpakat dengan DAP dan PKR di Perak untuk tumbangkan MB Perak.

Najib berkata, PH hanya menunggu peluang untuk menjatuhkan Ahmad Faizal kerana kerajaan pimpinan mereka tumbang disebabkan oleh ‘pengkhianatan’ yang dilakukan oleh Menteri Besar Perak itu.

“Ini tidak benar sebab PH Perak dah lama tunggu peluang untuk tumbangkan MB Perak sebab PH rasa mereka pernah dikhianat
MB Perak yang juga membawa lari beberapa ADUN PH pada bulan Februari tahun ini.

“Sebab itu, PH Perak tak akan beri undi sokong kepada MB Perak apabila undi percaya dilakukan dalam DUN Perak,” kata Najib.

 

 

 

(Visited 3,510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button