fbpx
Nasional

Beri vaksin Covid-19 percuma kepada golongan rentan warga asing


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

KERAJAAN diingatkan tidak mendiskriminasi masyarakat warga asing yang kurang berkemampuan dalam melaksanakan pemberian vaksin Koronavirus (Covid-19) secara percuma.

Warga asing yang terdiri daripada golongan rentan, pelarian migraan, tahanan dan banduan serta individu tanpa kewarganegaraan juga berhak menerima kemudahan itu.

Gesaan itu dibuat apabila mengambil kira akses kepada kesihatan adalah hak asasi manusia tanpa mengira latar belakang ataupun kewarganegaraan.

Jika, pemberian vaksin tidak diberikan, mereka juga berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan Covid-19 yang boleh menjangkiti 17.2 peratus rakyat Malaysia yang lain.

“Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengambil maklum bahawa Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada tahun 2020 bagi meneliti perkara-perkara berkaitan perolehan dan pengagihan vaksin Covid-19.


“Menurut perkembangan yang dimaklumkan oleh Kerajaan pada bulan Disember 2020, bekalan vaksin Covid-19 pada masa ini akan membolehkan 82.8 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin tersebut.

“Golongan rentan, pelarian, pekerja migran dan pekerja tanpa dokumen dan orang tanpa kewarganegaraan menghadapi risiko dipinggirkan dalam sistem kesihatan sedia ada atas pelbagai sebab termasuk status dan kewarganegaraan mereka, dan ketidakmampuan untuk menanggung kos penjagaan kesihatan.

“Ia telah dilaporkan bahawa terdapat lebih kurang 2.5 juta pekerja migran berdokumen di negara ini, dan ini tidak termasuk bilangan pekerja migran tanpa dokumen.

“Tambahan pula, terdapat kes jangkitan Covid-19 di pusat tahanan dan penjara. Oleh itu, adalah penting agar perkara ini dipertimbangkan apabila Kerajaan mengagihkan vaksin Covid-19.”

Demikian saranan badan hak asasi manusia itu dalam satu kenyataan hari ini meminta golongan sedemikian turut dimasukkan dalam kategori penerima vaksin seperti diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM3 bilion bagi mendapatkan bekalan vaksin Covid-19.

Vaksin tersebut dijangka masuk ke negara ini pada Mac 2021 dan dijadual untuk diagihkan bermula hujung bulan itu.

Kerajaan juga menyasarkan pemberian vaksin dimulakan kepada golongan berisiko sebelum diedar secara berperingkat kepada seluruh rakyat menjelang akhir 2021.

Sehubungan itu, Suhakam juga menyokong supaya JKJAV memperhalusi cadangan pemberian vaksin secara percuma kepada golongan warga asing.

“Suhakam mengambil maklum tentang beberapa laporan berita pada minggu pertama Januari 2021 yang menyatakan bahawa JKJAV merancang untuk mencadangkan agar vaksinasi percuma diberikan kepada pekerja migran dalam negara.

“Dalam hal ini, SUHAKAM berharap JKJAV akan memperhalusi perkara ini dan memastikan agar vaksinasi percuma diberikan kepada semua termasuk pekerja migran, pekerja tanpa dokumen, pelarian, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan dalam pusat tahanan dan banduan dalam penjara,” ujarnya. – SM

(Visited 49 times, 1 visits today)


Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668

Warning: sprintf(): Too few arguments in /srv/users/suaramerdeka/apps/suaramerdeka/public/wp-content/plugins/wp-user-avatar/includes/class-wp-user-avatar-functions.php on line 668
Show More

Related Articles

Back to top button