Nasional

Perdagangan Sempadan Malaysia – Thailand Sumbang AS$10.5 Bilion – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi perdagangan sempadan Malaysia dan Thailand merekodkan sumbangan bernilai AS$10.5 bilion.

Bagi Perdana Menteri, ia merupakan satu rekod yang baik disebabkan hubungan akrab antara Malaysia dan Thailand dan hubungan dua hala ini harus dijaga.

“Hubungan antara Malaysia dan Thailand sangat akrab. Perdagangan sempadan kedua-dua negara menyumbang AS$10.5 bilion.

“Kita saling perlu memerlukan dan semoga lebih banyak peluang kerjasama dapat diterokai untuk manfaat kedua-dua negara,” katanya.

Perdana Menteri berrkata demikian menerusi Facebooknya dan sepanjang berada dalam Persidangan Nikkei ke-27, TYT Prayut Chan-o-cha turut berada di sana.

TYT Prayut Chan-o-cha merupakan rakan sejawatan Perdana Menteri dari Thailand dan turut akan menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Nikkei ke-27 bagi tahun 2022.

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button