fbpx
Politik

Empat pemimpin GRS masuk Istana Negeri, cadang nama KM Sabah baharu

KIRA-KIRA sejam yang lalu, empat pemimpin dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat memasuki perkarangan Istana Negeri di Kota Kinabalu.

Menurut laporan Sinar Harian, antara individu yang dilihat memasuki pintu Istana Negeri ialah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor, Setiausaha Agung Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Kehadiran pemimpin-pemimpin itu dipercayai untuk mengemukakan nama calon Ketua Menteri Sabah yang baharu kepada Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Sementara itu, Bung Moktar dilihat memasuki pintu Istana Negeri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda pada pukul 2.27 petang tadi sebelum Hajiji menyusul dua minit kemudian.

Kurang 20 minit kemudian, Jahid pula tiba memasuki perkarangan pintu Istana Negeri.


Ketika ditanya pemberita, siapakah yang beliau sokong sebagai Ketua Menteri, Jahid hanya tersenyum dan melambaikan tangan kepada media.

Begitu juga dengan Bung Moktar dan Hajiji. Mereka tidak memberi sebarang ulasan sebelum beredar masuk ke perkarangan Istana Negeri. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button