Nasional

Kamaruzzaman dilantik Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor

KETUA UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baharu.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr. Abd. Rahman Bakri dilantik Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Badan Perhubungan UMNO Selangor dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan itu berdasarkan Fasal 12.3 Perlembagaan UMNO.

Mengikut fasal tersebut, jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan perlu dilantik oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan akan memegang jawatan tersebut selama tempoh Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

“Ia hasil penstrukturan semula oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar,” menurut kenyataan itu kepada SUARA MEREKA semalam.

UMNO Selangor kini diterajui kembali oleh Noh yang menggantikan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkuat kuasa 21 April lalu.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor pula kekal disandang oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. – SM

(Visited 1,080 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button