Politik

Azmin Ali dilantik Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional

DATUK Seri Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti tersebut.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pelantikan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat semalam turut memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional sebagai parti politik yang menerajui kerajaan.

Majlis tersebut bersetuju untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh.

Pengerusi Perikatan Nasional juga akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.


“Sayap Pemuda Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Ir. Ts. Khairil Nizam juga diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja Perikatan Nasional di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen Perikatan Nasional,” kata Hamzah.

Perikatan Nasional dianggotai Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Maju Sabah.

Parti PN didaftarkan dengan sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu.

PN didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Sijil Pendaftaran, logo dan Perlembagaan parti ditandatangani dan dikemukakan kepada PN, sejurus pendaftaran gabungan itu diluluskan.-SM

(Visited 230 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button