Berita

Elakkan melancong ke Langkawi empat tarikh ini

Lebih 400 penumpang feri ke Langkawi terkandas lebih 8 jam di Jeti Kuah untuk ke Jeti Kuala Perlis, semalam.

Video dan laporan di media sosial semalam tular menyatakan penumpang feri bergaduh selepas 8 jam menunggu di Jeti Kuah, Langkawi

Fenomena air laut surut dan selut yang terlalu tebal di muara Jeti Kuala Perlis menyebabkan perjalanan feri dari Langkawi – Kuala Perlis ditunda setelah penumpang dah pun diarahkan beratur.

Penumpang ini terkandas di Jeti Kuah sejak jam 2.30 petang tadi hingga 10.30 malam.

“Belum pasti apa nasib mereka yang membawa anak kecil serta warga emas yang terkandas di Jeti Kuah, ramai yang tidur di kaki lima hingga subuh pagi ini,” kata laporan itu.

Punca

Masalah itu katakan berpunca daripada proses mendalamkan dasar laut dan membuang lumpur yang terlalu tebal di laluan feri penumpang Jeti Kuala Perlis sepatutnya dikawal selia oleh kerajaan dan pihak berwajib setiap tahun.

Tapi diberitakan dana serta projek mendalamkan muara Kuala Perlis telah dihentikan bertahun yang lalu oleh pemimpin yang berkenaan, pihak berkuasa bertindak menarik dana projek tersebut.

Sejak itu, perjalanan feri terhad untuk berlabuh di Jeti Kuala Perlis. Ini kesan antara yang terburuk selain kes sebelum ni feri tersangkut di beting selut selama 12 jam selepas belayar (kes tahun 2019).

Justeru operasi feri Langkawi – Kuala Perlis selama empat hari berturut-turut minggu depan :

10 Februari 2022

11 Februari 2022

12 Februari 2022

13 Februari 2022

Atas sebab yang sama – air surut terlalu rendah dan lumpur yang terlalu tinggi – feri tak dapat berlabuh.

Makluman kepada pelancong yang merancang percutian ke Langkawi ikut feri Kuala Perlis, elakkan tarikh tersebut.

Hantaran yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Shuhaimi Zulkefli

(Visited 728 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button