Berita

Vision Unveiled sajikan pameran seni visual bertaraf antarabangsa di Komtar JBCC

Vision Unveiled menyajikan satu pameran seni yang diberi nama ‘The Interaction of Arts Through Conventional and Digital Exhibition 2023’ di Komtar JBCC bermula 4 hingga 15 Oktober 2023.

Ujar Vision Unveiled dalam satu kenyataan, ilham penganjuran program adalah untuk mengangkat apresiasi seni dan budaya dari pelbagai negara serumpun seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Malah Singapura serta negara dari luar seperti Asia dan Eropah turut menyertai program yang dianjurkan melalui pameran seni visual secara konvensional dan digital.

“Pameran seni visual ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menghayati karya seni melalui apresiasi karya dalam bentuk karya yang pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj, cetakan,
catan digital dan pelbagai lagi.

“Setiap karya yang dipamerkan di JBCC ini juga menyalurkan penyampaian mesej daripada setiap sudut perincian karya yang dipamerkan,” ujar Vision Unveiled dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu lagi, program tersebut merupakan pameran seni visual peringkat antarabangsa yang melibatkan pelbagai peringkat umur iaitu dari umur 13 tahun hingga ke 80 tahun.

“Program pameran ini juga diilhamkan untuk melestarikan seni visual dengan memberikan platform kepada seniman antarabangsa yang mewakili pelbagai seni konvensional dan ekspresi digital.

“Penganjur berharap dapat perkayakan pemahaman mereka tentang kekayaan dunia seni konvensional dan digital dalam bentuk kehidupan, pengalaman, perasaan dan perjalanan sebagai seniman dalam dunia seni,” kata kenyataan itu.

‘The Interaction of Arts Through Conventional and Digital Exhibition 2023’ cuba membangunkan jaringan dan hubungan antara seniman, kurator, kolektor dan pihak terkait lainnya dari pelbagai negara.

Kaedahnya, dengan menciptakan kesempatan untuk berkolaborasi, pelbagai idea dan menjalin kemitraan yang dapat memperkayakan dunia seni secara global.

Hal ini lantas membantu meningkatkan profil seniman, membuka peluang baru dan mengakui prestasi mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button