NegeriRencah Hidup

Wajib pekena lokching bakar di tepi laut Kuala Perlis

KALAU sesiapa yang menyusuri persisiran pantai Kuala Perlis seakan menjadi satu perkara wajib iaitu mesti menikmati keenakan lockching bakar.

Lockching bakar.

Jadi tidak hairanlah pengunjung Kuala Peis, tempat makan-makan yang ramai menggemari lokching bakar. Tidak kira muda ataupun tua, pilihan mereka makan sambil santai pastilah lokching bakar.

Yang pasti, lockching yang merupakan sosej pelbagai perisa halal keluaran negara jiran, Thailand ini memang sangat popular di Perlis.

Pilihan lockching perlu banyak untuk menarik pelanggan.

Tinjauan wartawan SUARA MERDEKA mendapati hampir 20 peniaga menjual lockching di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis.

Waktu perniagaan pula, dari petang kira-kira selepas waktu Asar sehinggalah ke malam.

Salah seorang peniaga lokching bakar, Rohaya Ayob, 49, ketika ditemui berkata, beliau mula berniaga lockching di tepi jalan masuk ke Loji Air Sungai Baru ini sejak empat tahun lalu.

Beliau memberitahu, lebih 90 peratus pelanggan yang berkunjung ke gerainya, suka meminati lockching yang dibakar.

Pilihan lockhing yang banyak menarik lebih ramai pelanggan.

“Orang sekarang prihatin dengan kesihatan. Makan untuk elak penggunaan minyak maka pilihan mereka, lockching mesti dibakar,” katanya.

Katanya lagi, permintaan untuk lockching bakar memang tinggi terutama pada hari Sabtu dan Ahad.

Rohaya berkata, pada mulanya beliau menjual lockching dalam empat balang sahaja tetapi kini menjadi enam balang sehari pada berharga dari RM1.50 hingga RM2 secucuk.

Rohaya menyediakan lockching untuk dijual kepada pelanggan.

“Pelanggan suka jika banyak pilihan dan saya menambah jagung yang turut digemari pelanggan,” katanya.

Rohaya berkata, beliau juga menyediakan sos pencicah yang dibuat sendiri supaya pelanggan berpuas hati dan akan berkunjung lagi ke gerainya.

ENGKU SHAHUDRI KU AJID

Sementara itu, seorang peminat lockching, Engku Shahudri Ku Ajid, 57, memberitahu, cara membakar bukan saja elak minyak tetapi rasanya lebih sedap.

“Sebenarnya pada saya, rasa lockching semuanya sama sahaja tetapi yang berbeza adalah sos sebagai penentu untuk lebih enak rasanya ketika dimakan,” ujar beliau.

Beliau mengakui menggemari lockching perisa pulut ayam dan sandwich untuk dibakar yang ditambah dengan jagung bakar. – SM

 

(Visited 1,546 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button