JenayahNasionalNegeri

56kg ganja bernilai RM173,600 ditemui dalam kereta terbabas

POLIS menemui 56 kilogram dadah jenis ganja di dalam sebuah kereta yang terbabas di sebuah ladang harumanis di Bukit Chabang, Padang Besar pada 28 Mac lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pada kira-kira pukul 7.30 pagi pada 28 Mac lalu, Pasukan Gerak Am (PGA) menerusi Kamera Litar Tertutup (CCTV) telah mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di laluan pagar keselamatan di pekan Padang Besar.

Muhammad menunjukkan gambar dadah jenis ganja yang ditemui di lokasi iaitu ladang harumanis di Bukit Chabang.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja anggota PGA sampai ke lokasi berkenaan, kereta berkenaan bergerak laju dan gagal dikesan setelah dikejar sehingga ke kawasan Bukit Chabang.

Katanya, setelah menyedari dikejar polis maka dua lelaki yang menaiki Honda City warna biru yang disewa itu bertindak melarikan diri sebaik sahaja kereta dinaiki itu terbabas.

“Unit kereta peronda Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar telah menerima panggilan dari orang awam pada pukul 8.50 pagi pada hari yang sama mengenai sebuah kereta yang terbabas di dalam ladang harumanis,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan ditemui tiga guni yang mengandungi 56 bungkusan yang disyaki dadah jenis ganja.

Muhammad berkata, dengan rampasan ini sekaligus telah berjaya menyelamatkan ia dari digunakan oleh 280,000 penagih.

Muhammad menunjukkan di mana dadah yang diletakkan pada tempat duduk belakang pada kereta yang terbabas

Katanya, dipercayai dadah berkenaan akan dihantar ke selatan tanahair di mana Perlis dijadikan sebagai pusat transit.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Muhammad berkata, pihaknya kini giat memburu dua lelaki berkenaan bagi menyelesaikan kes ini. – SM

(Visited 15 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button