Berita

KJ mahu semua guru ambil vaksin Covid-19

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mahu semua guru di Malaysia menerima vaksin Covid-19 untuk memastikan sekolah tempat yang selamat terutama bagi pelajar.

Menurutnya, ketika ini 96.5 peratus daripada 412,000 guru dengan 96.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 83.5 peratus pula sudah lengkap vaksinasi.

Bagi kakitangan sokongan pula, sebanyak 84.8 peratus telah menerima satu dos vaksin manakala 68.8 peratus pula lengkap dua dos vaksin.

“Kita mahu menjadikan sekolah tempat yang paling selamat untuk semua murid kerana golongan ini, belum menerima vaksin maka, saya berharap 100 peratus guru akan lengkap dua dos.

“Tetapi sekiranya ada guru yang anti-vaksin, mereka akan diminta menghadap TMJ (Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim),” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 779 guru di Johor yang menolak menerima suntikan vaksin diminta menghadap Tunku Ismail bagi mencari penyelesaian isu itu.

Pada 27 Ogos lalu, Tunku Ismail dilaporkan bertitah daripada 779 guru yang asalnya menolak vaksin, didapati hanya 396 yang tidak mengambil vaksin atas sebab keraguan terhadap vaksin.

Selebihnya mengambil pendirian menangguhkan suntikan vaksin berikutan kesihatan tidak mengizinkan.

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button