NasionalParlimen

Dua perkara jadi tumpuan Dewan Rakyat semalam

PERKARA utama disebalik kacau-bilau Dewan Rakyat yang bersidang semalam ialah isu homoseksual dan keabsahan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu pertama, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berjaya memanggil Anwar sebagai pengamal homoseks, tanpa menuduh Anwar seorang homoseks.

Dengan merujuk laporan media asing Anwar sebagai perdana menteri homoseksual tegar, Hamzah menggesa supaya Anwar menyaman media berkenaan.

Ramai yang bengang dengan cara Hamzah dan tidak kurang menganggapnya sebagai genius kerana perkataan berkenaan akan tercatat di dalam hansard Dewan Rakyat.

Namun, sebagai perdana menteri sebuah negara Islam dengan penduduknya majoriti beragama Islam Anwar wajar tampil membersihkan namanya dan nama negara.


Apatah lagi Anwar seorang pemimpin yang dipandang tinggi dalam kalangan pemimpin Islam dan ulama antarabangsa.

Isu kedua ialah keabsahan sokongan kepada Anwar untuk membentuk kerajaan campuran.

Perkara itu dibangkitkan Ketua whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), berkata pembangkang tidak meminta undi belah bahagi kerana tidak mahu mengundi “dokumen yang tidak sah”.

Dia merujuk kepada memorandum persefahaman antara parti-parti kerajaan untuk membentuk kerajaan perpaduan dan mendukung Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menurut Takiyuddin, walaupun usul undi percaya terhadap Perdana Menteri lulus dengan undian suara, jumlah yang menyokong Perdana Menteri kekal tidak diketahui.

“Ini yang berlaku di Dewan hari ini, didapati sokongan terhadap Perdana Menteri daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen tidak diketahui,” katanya di Bilik Media, Bangunan Parlimen.

Usul undi percaya terhadap Anwar  Ibrahim lulus dengan undian suara petang semalam, setelah speaker Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.

(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button