Sukan

Messi, tiga pemain PSG disahkan positif Covid-19

LIONEL Messi penyerang Paris St Germain (PSG) dan tiga pemain lain positif Covid-19, kata kelab Liga 1 Perancis, semalam.

Messi, 34, yang juga merupakan pemain antarabangsa Argentina telah menyertai PSG pada Ogos tahun lalu dan telah menjaringkan enam gol dalam 16 perlawanan dalam semua pertandingan untuk pasukan Paris itu.

Antara pemain lain yang turut positif Covid-19 ialah pemain pertahanan, Juan Bernat dan penjaga gol simpanan, Sergio Rico serta pemain tengah, Nathan Bitumazala.

PSG berkata, empat pemain itu kini sedang menjalani kuarantin dan tertakluk kepada protokol kesihatan yang sewajarnya.

Sementara itu, Pengurus kelab, Mauricio Pochettino mengatakan, dia tidak pasti jika Messi yang kini berada di Argentina akan beraksi dalam perlawanan liga seterusnya di Olympique Lyonnais, 9 Januari ini.

“Messi sentiasa berhubung dengan pasukan perubatan kami dan apabila dia didapati negatif, dia akan pergi ke Perancis tetapi kami tidak tahu lebih daripada itu dan saya tidak tahu sama ada dia akan terlibat menentang Lyon.

“Sehingga dia mendapat ujian negatif di Argentina, dia tidak akan dapat pergi ke Perancis, jadi semuanya bergantung kepada ujian dari segi bila dia boleh kembali.

“Kami akan menilai apabila dia bersedia untuk bermain,” katanya.

Pasukan Pochettino berada di puncak kedudukan Liga 1 dengan 46 mata selepas 19 perlawanan, 13 mata di atas Nice yang berada di tempat kedua.

Mereka bersedia untuk berhadapan dengan Vannes pada Isnin depan dalam pusingan Piala Perancis dan sekaligus untuk pungutan mata ke-32.– SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button