Nasional

PM catat pendapatan bulanan RM93,841.65, aset lebih RM10 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima 57 daripada 70 maklumat harta anggota pentadbiran kerajaan termasuk Perdana Menteri.

SPRM dalam kenyataannya berkata, orang ramai boleh mengakses maklumat perisytiharan harga anggota pentadbiran itu menerusi Portal Perisytiharan Harta mulari hari ini.

“SPRM tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperolehi atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan,” katanya.

BACA> Covid-19: Tiada sekatan persekolahan, sambutan Aidil Adha

Menerusi portal tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dilaporkan menerima pendapatan bulanan paling tinggi iaitu sebanyak RM93,841.65 dan jumlah aset lebih RM10 juta.

Tangga kedua pendapatan tertinggi ialah Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dengan jumlah pendapatan bulanan sebanyak RM87,877.20 dan aset lebih RM10 juta.

Tangga ketiga pendapatan tertinggi setakat ini pula ialah Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan jumlah pendapatan bulanan RM84,615.20 dan aset bernilai RM5 ke RM8.5 juta.

BACA> 1863 orang telah ditahan terlibat aktiviti pelacuran di ibu negara

Maklumat lebih banyak berkenaan pendapatan bulanan dan aset pemimpin-pemimpin negara boleh disemak menerusi laman sesawang tersebut. -SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button