NasionalPolitik

PN terima satu lagi SD sokong Muhyiddin

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, PN menerima satu lagi surat akuan berkanun (SD) daripada seorang lagi Ahli Parlimen yang menyatakan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Hamzah berkata, surat akuan (SD) berkenaan telah pun dihantar ke Istana Negara pagi tadi.

PN semalam telah mengemukakan lebih 112 SD daripada Ahli-Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi masa kepada pemimpin atau ketua parti-parti bergabung sehingga pukul 2 petang ini untuk mencadangkan nama bakal calon Perdana Menteri Ke-10.

Sementara itu, sejak pukul 9.50 pagi tadi, kenderaan yang membawa beberapa pemimpin kanan PN dilihat memasuki kediaman Pengerusi PN yang juga Ahli Parlimen Pagoh di Bukit Damansara.

Antara kenderaan yang dilihat masuk ke perkarangan kediaman Muhyiddin ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Peja).

Kehadiran mereka ke kediaman Muhyiddin besar kemunginan untuk membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan Persekutuan susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam bahawa proses bagi ketua parti politik dan gabungan parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik bagi pembentukan Kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri dilanjutkan hingga pukul 2 petang ini.

Kemelut politik negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memasuki hari ketiga, hari ini selepas keputusan pilihan raya menunjukkan tiada mana-mana parti politik meraih majoriti mudah 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Hamzah dalam satu kenyataannya semalam memaklumkan, PN telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli Parlimen yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. – SUMBER FMT – SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button