Alam SekitarBencana alam

Dua beranak maut tertimbus tanah

DUA beranak maut selepas tertimbus dalam tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas di sini malam tadi.

Isa Sabri yang berusia dua tahun dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya, Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki. Mereka berdua dirawat di hospital yang sama.

Jurucakap bomba dan penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.30 malam selepas tanah runtuh menghempap sebuah rumah milik sembilan sekeluarga.

“Seorang mangsa cedera di kaki manakala tiga lagi tertimbus di bawah tanah dan serpihan,” katanya.


Mereka masih tidak dapat dikenal pasti sama ada keluarga atau tidak.

 

(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button