Bencana alam

Gunung berapi di Hawaii mula meletus selepas 40 tahun ‘tidur’

GUNUNG berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii meletus dua hari lepas sekitar  pukul 11.30 malam waktu tempatan selepas 40 tahun ‘tertidur’.

Menurut Survei Geologi Amerika Syarikat (AS) atau USGS, gunung berapi tersebut mula memuntahkan lava dan abu yang mengalir dari arah timur laut.

USGS mengeluarkan rekod terkini, letusan tertinggi sekitar 30 ke 60 meter namun kebanyakkan letusan adalah lebih kecil dan terdapat beberapa gumpalan gas yang keluar dari rekahan gunung berapi serta limpahan laha.

Laha yang melimpah keluar ketika ini terkumpul di zon rekahan timur laut meskipun laha gunung berapi itu belum mencetus kecederaan ke atas penduduk.

Susulan letusan gunung berapi itu, para saintis berpendapat bahawa tiupan angin boleh membawa gas dan abu ke bawah gunung.

Oleh itu, atas faktor keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi tersebut, kawasan berhampiran wilayah itu ditutup namun setakat ini pihak berkuasa Haiwaii belum mengeluarkan sebarang arahan untuk penduduk berpindah kerana tiada lagi risiko terhadap penduduk buat masa ini. – SM

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button