Bencana alamLuar Negara

Angka kematian gempa bumi di barat Sumatera meningkat

8 meninggal dunia, enam masih hilang

ANGKA kematian akibat gempa bumi yang melanda barat Sumater, Indonesia, baru-baru ini meningkat kepada lapan orang dengan enam mangsa masih hilang, kata Lembaga Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia.

Setakat ini, pasukan penyelamat berjaya menemukan lima mayat di daerah Pasaman dan tiga lagi di daerah Pasaman Barat selepas gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan berkenaan.

Jurucakap agensi itu, Abdul Muhari berkata, 86 orang dilaporkan cedera manakala 10 bangunan dan 435 rumah rosak.

“Lebih 6,002 penduduk dipindahkan ke 35 pusat pemindahan sementara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan penyelamat masih mencari enam lagi mangsa yang dilaporkan hilang dipercayai tertimbus di bawah lumpur.

Kerajaan mengumumkan respons kecemasan rasmi selama 14 hari di timur laut Pasaman Barat, wilayah Sumatera Barat, berakhir 10 Mac ini, katanya. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button