BanjirBencana alam

Agong tinjau kawasan banjir di ibu negara

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berkenan
meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda Ibu Kota sejak 24 jam yang lalu.
Seri Paduka Baginda telah berkenan di tengah hujan, menuruni kenderaan di jalan susur menghala Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut.
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong bercemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca.-SM
(Visited 93 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button