fbpx


Politik

Dr. Latiff yang sekarang bukanlah Dr. Latiff yang dulu – Tajudin Saad

KETUA Penerangan UMNO Bahagian Mersing, Tajudin Saad berpendapat, penduduk Mersing, Johor lebih mengenali Dr. Abdul Latiff Ahmad sejak beliau menjadi wakil rakyat lagi.

Menurut Tajudin, Dr. Latiff bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing sehinggalah dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dr. Latiff Ahmad

Kejayaan Dr. Latiff sekarang menurut Tajudin, adalah hasil perjuangan UMNO yang menganugerahkannya jawatan seperti Exco Belia Kerajaan Negeri Johor, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Tegas Tajudin, kesemua jawatan Dr. Latiff tersebut adalah hasil mahsul perjuangan daripada UMNO yang mana hari ini, parti itu, dakwa Tajudin, telah dihina oleh Dr. Latiff.

Tegas Tajudin lagi, jika dahulu, dalam UMNO, Dr. Latiff memang dikenali sebagai seorang yang sangat ego tetapi mungkin pada ketika itu, persekitaran di sekeliling, masih ada orang UMNO yang boleh menasihati beliau.


Maka keegoaan Dr. Latiff dapat dikurangkan ke tahap minima tetapi sekarang, tidak sama sekali.

Dr. Latiff, menurut pengamatan Tajudin, tersangatlah ego kerana dikelilingi mereka yang hanya ‘mengejar’ kepentingan diri seperti mendapatkan projek-projek Kerajaan.

Di Tenggaroh Majlis Peringkat Kebangsaan Anjuran Kemas, Dr. Latiff mengluarkan kenyataan ‘Alif Mim Nun Tendang Wau ada Sarkes’ kerana beliau amat kecewa kerana majlis itu tidak mendapat sambutan oleh orang ramai dan hanya menyalahkan UMNO Bahagian Mersing yang kononnya sabotaj majlis tersebut.

Pada hakikatnya, kata Tajudin lagi, orang ramai yang sudah tidak suka kepada Dr. Latiff kerana keegoan dan kesombongan beliau terutamanya kepada UMNO.

Fail:Mersing 1.jpg - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Kalau dahulu orang Mersing sangat-sangat tahu betapa lembutnya bahasa beliau (Dr. Latiff) sehinggakan ada yang selalu menggunapakai salah satu perkataanya iaitu “Ana Ente” tetapi tidak lagi sekarang.

Apatah lagi sejak menjadi Menteri Luar Bandar, bahasa dan tutur kata beliau sudah menjadi orang yang sangat kurang ajar, dakwa Tajudin menerusi catatan dan hemat peribadi beliau.

Ramai kawan-kawan dalam dan luar Mersing yang memberitahu, telah dimaki hamun oleh Dr. Latiff dalam telefon hanya kerana mengucapkan tahniah sebab dapat jadi Menteri.

Dia kata, “masa aku lompat dulu kau orang tak nak ucap tahniah kat aku..tapi sekarang kau orang dah mula terhegeh-hegeh call aku sebab aku dah jadi Menteri.”

Kalau dahulu semasa Dr. Latiff di dalam UMNO, pentadbiran masa itu mengamalkan siapa sahaja boleh berjumpa dengan beliau selaku wakil rakyat.

Tetapi tidak sekarang. Ada orang kampung dari Air Papan menelefon mahu berjumpa dan meminta tolong beliau.

“Apa yang dia jawab, dia sangat-sangat busy sekarang ini dan ramai yang masih menunggu untuk berjumpa beliau dan kalau diatur jarak menunggu untuk berjumpa Dr. Latif, umpama sejauh 1 km jauhnya,” kata Tajuddin. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button