Auto TravelBerita Auto

Ford Ranger generasi baharu diperkenal ke pasaran Malaysia

FORD Motor Company dan rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) melancarkan model pikap generasi baharu, Ford Ranger ke pasaran Malaysia hari ini

Model Ranger generasi baharu di Malaysia ditawarkan dengan tujuh varian berbeza, termasuk dua varian XL yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM108,888, XLT (dua varian) dari RM124,888, XLT Plus (RM142,888) dan WildTrak (RM168,888).

Manakala untuk varian berprestasi tinggi, Ranger Raptor pula akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Presiden Pengedaran Pasaran bagi ASEAN dan Asia Pasifik Ford Motor Company, Yukontorn Wisadkosin, berkata Ranger sentiasa menjadi kenderaan yang selalu boleh diharapkan untuk peniaga kecil, keluarga, peminat kembara, kegunaan komersial dan banyak lagi di lebih 180 pasaran seluruh dunia.


“Dengan ciri baharu yang menawarkan lebih kebolehan dan kepelbagaian ciri, kami percaya Ranger generasi baharu akan terus membawa revolusi dalam segmen trak pikap dan mempertingkatkan lagi daya tarikannya yang sedia hebat dalam pasaran,” katanya.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion-Ford, Turse Zuhair pula berkata, corak penggunaan trak pikap yang lebih daripada sekadar untuk kerja telah berkembang di Malaysia, terutama dalam golongan berpendapatan tinggi.

“Mereka sebelumnya lebih memilih menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV), tetapi kini semakin cenderung terhadap Ranger, terutama WildTrak, disebabkan kebolehannya untuk tujuan kerja, teknologi terbaru dan ruang dalaman seakan kereta premium.

“Kami yakin Ranger generasi baharu akan memenuhi keperluan dan kemahuan khalayak yang lebih luas sebagai kenderaan serba boleh untuk kerja, keluarga dan riadah,” katanya.

Sebagai generasi Ranger paling pintar, penuh kepelbagaian dan banyak fungsi, model baharu ini menawarkan trak pikap idaman pelanggan untuk tujuan kerja, keluarga serta riadah.

Dari aspek visual, Ranger generasi baru tampil penuh berani dan yakin, dengan reka bentuk luar tegap dan penuh tekad yang berkongsi DNA dengan rekaan trak global Ford.

Rekaannya menampilkan gril baharu, lampu depan bentuk ‘C’ yang sinonim dengannya, serta garis pintu halus bersama lengkung tayar yang lebih ketara, menampilkan Ranger yang lebih kukuh.

Buat pertama kali juga, Ford Ranger menawarkan lampu depan LED matriks (bagi WildTrak dan XLT Plus) dengan lampu tinggi automatic, manakala lampu belakang pula direka secara harmoni dengan imej wajah hadapannya.

Aspek utama dalam pengalaman penghubung Ranger adalah skrin sentuh besar 10.1-inci atau 12-inci yang terbaik di tengah papan pemuka.

Ia melengkapi panel instrumen digital dan mengandungi sistem informasi, hiburan dan komunikasi SYNC 4A pengaktifan suara terbaru oleh Ford.

Ranger generasi baharu hadir dengan pilihan dua warna iaitu Sedona Orange dan Luxe Yellow untuk Wildtrak, selain warna sedia ada iaitu Arctic White, Meteor Grey, Aluminium Metallic, Lightning Blue dan Absolute Black (bergantung kepada varian).

Artikel berkaitan > Ford Mustang paling laku di SMI Cars

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button