Politik

Jahid Jahim pertahan kerusi Tamparuli

SETIAUSAHA Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Jahid Jahim mempertahankan kerusi Tamparuli, mengalahkan tiga calon lain.

Berdasarkan pengiraan tidak rasmi Jahid membawa kemenangan kedua untuk PBS selepas Joniston Bangkuai menang di Kiulu.

Ini adalah kali kelima Jahid memenangi pilihan raya di Tamparuli.

Di Kiulu, Joniston menewaskan lima calon lain termasuk Presiden Upko Wilfred Madius Tangau, berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Ini merupakan kejayaan ketiga Joniston di Kiulu dan kekalahan kedua Madius sejak 1999. – SM

(Visited 377 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button