NegeriRencah Hidup

Demam donut “red velvet” melanda peminat masakan

DEMAM donut “red velvet” sedang melanda di kalangan peminat masakan di negara ini. Dari kek “red velvet” kini ia dicetuskan kepada donut “red velvet” sehingga menjadi viral dek kerana rupa parasnya yang merah menyala itu ditaburi gula atau susu itu sangat menarik dilihat dan amat diidamkan untuk disuapkan ke mulut.

Ianya dikatakan mula tercetus sejak awal November lalu apabila ahli sebuah grup masakan di Facebook (FB) yang mempunyai keahlian hampir dua juta ini memuat hantaran donut “red velvet”.

Donut “red velvet” tengah viral di kalangan peminat masakan.

Rentetan dari itu masing-masing tidak mahu ketinggalan membuat donut “red velvet”.

Penangan donut “red velvet” juga tidak tertumpu pada grup memasak di FB malah juga melanda ke media sosial lain termasuk bloggers, Youtube dan Tik Tok.

Ramai yang sudi berkongsi resepi tetapi ada juga yang merungut kerana gagal menghasilkan donut “red velvet” .


Akibat semua mahu membuat donut “red velvet” sehingga ada peminat masakan yang kecewa kerana bahan pentingnya “red velvet” emulco habis di kedai bakeri berdekatan.

Ada yang bijak mencari alternatif dengan menggunakan adunan kek segera “red velvet” untuk dihasilkan menjadi donut.

Disebabkan sana sini berminat dengan donut “red velvet” maka ia telah membuka jalan kepada peniaga menggunakan kesempatan ini untuk meraih pendapatan menerusi donut ini.

Tidak cukup dengan itu, bermula dari donut “red velvet”, ia mula diinovasi dalam pelbagai bentuk, perisa dan warna.

Ada seorang ahli grup masakan FB, Zalekha Zabidi pula terpaksa berpuas hati dengan memuat hantaran donut susu “blue velvet”.

Donut “red velve” mempunyai tarikan luar biasa.

Katanya, ini gara-gara “red velvet” emulco di bakeri berhampiran kediamannya habis disebabkan sudah viral.

Nurul Atikah Nik Othman pula memuat hantaran donut “red velvet” nuttela, sebagai kelainan pada “topping”.

Ada yang membuat donut dibaluti dengan sambal kerana kemungkinan menyukai rasa pedas.

Selain itu ada yang cuba membuat donut pelangi yang agak rumit tetapi keupayaan beliau ini sangat dikagumi.

Tidak kurang pulq meletakkan perisa durian, pisang, buah naga bagi menikmati rasa lain.

Agak menarik juga ada yang menggunakan pewarna tulen dari bunga telang yang biasa digunakan untuk warna nasi kerabu Kelantan. – SM

(Visited 90 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button