Rencah Hidup

Taman Puding ‘syurga’ di kaki Bukit Wang Besar

DUNIA pudding! Itulah yang dapat dikatakan apabila berpuluh-puluh tanaman berwarna-warni ini menghiasai kaki bukit di Lorong 3, Kampung Wang Besar, Bintong, Perlis.

PASANGAN suami isteri, Halimah dan Ali yang mengusahakan Taman Puding.

Penulis pula menemui Taman Puding ini secara kebetulan ketika menyusuri jalan kecil tepi bukit kira-kira dua tahun lalu.

Memang memakjubkan pemandangannya. Tanaman puding ini disusun kemas dari tanah landai sehingga ke laluan bukit yang agak curam.

Sebenarnya, Taman Puding iini diusahakan oleh pasangan suami isteri, Ali Jasin, 64, dan Halimah Ibrahim, 75.

Cerita Halimah, tanah rezab tepi kaki bukit yang diusahakan untuk dijadikan Taman Puding terletak berhadapan dengan tanah miliknya.

Beliau berkata, daripada dibiarkan semak dengan hutan, beliau dan suami nekad untuk menanam pokok-pokok puding yang merupakan pokok kegemarannya.

Menurut suami Halimah, Ali, setakat ini ada 15 jenis pokok puding yang ada di sini di mana ada yang dibeli anak pokok dan ada juga yang dapat keratan pokok dari kenalan.

Antara jenis puding yang diusahakan oleh Halimah dan Ali di Kampung Wang Besar, Bintong, Perlis

Kata Ali yang pernah bekerja sebagai tukang kebun di sekolah, sebenarnya sejak hampir 10  tahun mereka mengusahakan Taman Puding.

“Biasanya kami berdua yang kini tinggal di Guar Syed Alwi datang ke Taman Puding waktu petang kecuali Sabtu dan Ahad, kami datang sejak pagi,” kata Ali.

HALIMAH menunjukkan pokok puding yang disusun di atas batu kaki bukit.

Katanya lagi,  beliau dan isteri mahu menjadikan Taman Puding sebagai tempat berehat untuk penginap yang tinggal di rumah inap atau homestay milik anaknya.

Halimah pula berkata, oleh sebab itulah, Taman Puding ditambah nilai dengan tanaman pokok buah-buahan, ternakan angsa dan juga didirikan pondok kecil.

Setakat ini, kata Halimah, ada pokok buah-buahan yang mengeluarkan hasil.

Angsa juga diternak di kawasan Taman Puding.

Kerjasama pasangan suami isteri ini bukan setakat mengusahakan Taman Puding sebaliknya mereka turut berbakti kepada tanah dengan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri.

Bagaimanapun, fokus mereka adalah pada Taman Puding walaupun lokasinya agak tersorok namun mereka tetap berpuas hati kerana dapat berkongsi keindahan pokok-pokok pudding beraneka dengan bukan sahaja penghuni homestay tetapi juga dengan orang awam yang menyusuri jalan ini. – SM

(Visited 681 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button