HiburanTeknologi

Terkurung di rumah akibat Pandemik Covid 19, empat beradik warga Jerman cipta papan permainan “Corona”

Ingin mengisi masa lapang dengan aktiviti yang memberangsangkan, empat orang adik-beradik di Jerman mencipta sebuah papan permainan yang diberi nama “Corona”.

Idea penghasilan papan permainan “Corona” itu tercetus ketika mereka banyak meluangkan masa di rumah sepanjang tempoh berkurung akibat Pandemik Covid 19.

Menurut salah seorang daripada mereka, Sarah, 20, “Corona” adalah sebuah permainan yang dimainkan oleh empat orang pemain dimana mereka bersaing untuk membeli keperluan bagi jiran berusia yang perlu berlindung di dalam rumah sepanjang pandemik.

Manakala bagi pemain yang dapat menyelesaikan misi dengan segera terlebih dahulu diangkat sebagai pemenang.

Walaubagaimanapun, ada cabaran yang perlu dibolosi pemain, antaranya berdepan dengan virus yang akhirnya akan menyebabkan mereka dikenakan kuarantin.

“Namun setiap pemain boleh memutuskan untuk bekerjasama atau menjadikan permainan ini menjadi lebih mencabar,” kata Sarah kepada ketika ditemubual.

Untuk memberikan nilai komersial, bapa mereka, Benedict Schwaderlapp mengupah pereka papan permainan untuk membuat reka bentuk, kad dan kotak papan permainan ini.

Katanya lagi, setakat ini, sebanyak 2,000 unit telah berjaya dijual.

“Disebabkan Corona kini semakin popular, cabaran kami agak besar kerana perlu membungkus dan menghantar sekurang-kurangnya 500 unit dalam masa yang singkat.

“Permintaan begitu menggalakkan dari serata Jerman,” katanya.

Apa yang lebih menggembirakan lagi, kata Benedict, mereka turut menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat permainan sebagai pengedar sah papan permainan yang mereka cipta ini.

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button