Ekonomi

Naikkan tarif kuasa secara berperingkat, kata Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak percaya kenaikan kadar elektrik bagi pengguna komersial dan industri perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Kenaikan tarif elektrik secara beransur-ansur setiap enam bulan sebanyak 5% setiap kali adalah lebih baik,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Pada 1 Feb, surcaj sebanyak 3.7 sen/kWj telah dikenakan ke atas semua pengguna bukan domestik, seperti syarikat komersial dan perindustrian.

Najib berkata, bergantung kepada penggunaan berbeza perniagaan komersial dan perindustrian, kos elektrik boleh meningkat sebanyak 15% dengan surcaj baharu itu.

Beliau memberi amaran bahawa kenaikan kadar elektrik yang tinggi secara mendadak akan mengakibatkan kos operasi meningkat dan akhirnya menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kepada orang ramai.

Beliau berkata peningkatan secara beransur-ansur dari masa ke masa akan memberikan pulangan terbesar kepada kerajaan, penjimatan untuk orang ramai dan mengurangkan risiko inflasi.

Suruhanjaya Tenaga sebelum ini berkata kos elektrik telah meningkat sebanyak 45% kerana harga yang lebih tinggi untuk arang batu yang digunakan untuk menghasilkan tenaga.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button