NasionalNegeri

Degil: Kluster Sungai Sentebu & Ulu Sangan daripada Hari Gawai

Pergerakan sosial, aktiviti berkumpulan di rumah panjang

SEMALAM Sarawak merekodkan744 kes jangkitan baharu Covid-19 walaupun segala nasihat, peringatan, amaran, penguatkuasaan undang-undang diuar-uarkan kepada rakyat. Akan tetapi, nasihat agar mematuhi segala peraturan dan tidak mengadakan kunjungan pada hari perayaan tetap tidak diendahkan.

GAMBAR HIASAN -BH

Benarlah umpama mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kes baharu Covid-19 di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 56,187. Mungkinkah angka itu tidak cukup besar dan mahu dilipat gandakan tanpa kesedaran dan keprihatinan bahawa wabak yang sedang melanda kita semua, rakyat Malaysia adalah wabak pembunuh.

Covid-19 menjangkiti sesiapa sahaja dan the hornbill land itu turut mencatat peningkatan jumlah kematian akibat pandemik. Angka terkini kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 356 dengan lima lagi kematian baharu dilaporkan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan dua lagi kluster baharu melibatkan komuniti rumah panjang dikesan iaitu kluster Sungai Sentebu di daerah Sarikei dan kluster Ulu Sangan di Tatau.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kluster Sungai Sentebu dikesan berpunca daripada pergerakan sosial dan aktiviti berkumpul di rumah panjang semasa sambutan ambang Hari Gawai pada 31 Mei lalu.

Inilah yang dimaksudkan apabila segala bentuk peringatan dan nasihat diberi kepada masyarakat yang menyambut Hari Gawai kerana mahu mengelakkan wujudnya kluster baharu, nampaknya usaha pihak berwajib menjadi sia-sia.

Seolah-olah memomok-momokkan, mempersendakan atau pun sikap tidak peduli yang ada dalam diri masyarakat yang tidak mampu untuk mengawal diri daripada berkunjung pada Hari Gawai, maka inilah padahnya.

Mungkin bukan semua tetapi segelintir sahaja yang bersikap culas namun disebabkan golongan segelintir inilah maka menyumbang kepada angka kes Covid-19 di Sarawak.

“Sejumlah 69 individu telah disaring dengan 48 kes dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks dan 21 kes didapati negatif,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBN lagi dalam kenyataan yang sama, sejumlah 59 individu disaring melibatkan kluster Ulu Sangan.

Hasil daripada saringan yang dijalankan itu, ada 12 kes positif termasuk kes indeks manakala 47 lagi masih menunggu keputusan makmal, kata kenyataan tersebut.

Hari ini, kita sama-sama lihat berapakah jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia dan kedudukan Sarawak apabila dibandingkan dengan Sabah kes baharu Covid-19. – SM

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button