NasionalNegeri

Mahkamah putus tanah milik pekebun kecil – Najib

TANAH yang terlibat di bawah Skim Pekebun Kecil Bagahak di Sabah kekal milik pekebun kecil walaupun terdapat cubaan menipu mereka oleh syarikat Borneo Samudera Sdn. Bhd.

Justeru, pengumuman yang dilakukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam disyaki sebagai cubaan untuk buang kes Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew.

Sebelum ini Christina diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada syarikat milik kerajaan negeri Sabah itu sebanyak RM557 juta.

“Saya syaki pengumuman Mohd. Shafie semalam bahawa kerajaan PH Plus akan mengembalikan tanah kepada pekebun kecil adalah usaha untuk selesai atau buang kes Christina.

“Secara terang, Shafie kata langkah ini adalah untuk menyelesaikan masalah kes-kes mahkamah.”

BACA > Wira Putra bidas Pemuda Amanah Perak — Suara Merdeka

Demikian kata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada laporan portal Borneo Today.

Dalam portal tersebut, laporan tersebut menyebut ‘di peringkat akhir, katanya kerajaan negeri akan berbincang dengan firma swasta yang terlibat dengan tanah itu.’

‘Tambahnya, beliau berharap masalah itu akan diselesaikan secepat mungkin dan menggesa firma tersebut tidak mengheret isu ini ke mahkamah.

‘Ini akan melewatkan urusan pemulangan tanah kepada penuntut (pekebun kecil).’

Terdahulu, pekebun kecil di Tawau memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah ditipu.

Mereka mendakwa diarahkan membuat cap jari atau tandatangan pada borang kosong yang akhirnya diketahui sebagai perjanjian penyerahan hak milik tanah.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157161834660952?__tn__=K-R

Mereka yang dibayar RM1,000 bagi setiap pemilik bagi tujuan itu kemudian bertindak mahu membatalkan perjanjian tersebut.

BACA > Saksi kes Adib akan dipanggil semula — Suara Merdeka

Namun, mereka dipaksa membayar 50 peratus daripada harga tanah sebenar. Merasakan diri tertipu, mereka kemudian membuat laporan polis.

Dalam pada itu, tambah Najib, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneruskan siasatan berhubung penyelesaian tersebut.

Kerana menurutnya, terdapat usaha mengenepikan perintah mahkamah yang memberi manfaat kepada Timbalan Ketua Menteri itu berhubung ganti rugi bernilai RM557 juta.

“Jika langkah Ketua Menteri Sabah semalam untuk menyelesaikan kes mahkamah ini memberi hasil kepada kes Christina Liew.

“Yang sudahpun kalah berkali-kali dan terbukti dalam mahkamah telah bersubahat dengan staff dia untuk menipu pekebun-pekebun kecil dibuang.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157183112980952/?type=3&theater

“Maka ini merupakan satu salah guna kuasa kerana yang menerima manfaat paling besar ialah Christina Liew kerana tidak perlu lagi membayar RM557 juta.

“Jika ini berlaku, harap SPRM akan teruskan siasatan. Sebab itu, wartawan dan ADUN Sabah perlu tanya Ketua Menteri Sabah soalan ini.

BACA > COVID-19: Undang-undang baharu Malaysia hampir sama NZ, Singapura — Suara Merdeka

“Apa akan terjadi kepada kes Christina Liew? Adakah kerajaan Sabah akan batalkan saman Christina Liew?” jelasnya. – SM

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button