fbpx
Nasional

COVID-19: Warga asing sumbang 61 peratus kes positif di kawasan PKPD

WARGA asing penyumbang terbesar kes positif Covid-19 di  kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah seramai 388 kes atau 61 peratus daripada  638 kes positif COVID-19 di PKPD adalah warga asing.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, 21,466 individu di kawasan PKPD sudah menjalani ujian COVID-19. Daripada jumlah itu seramai 2.97 peratus didapati positif Covid-19.

“PKPD yang mempunyai kes baharu pada hari ini adalah Menara City One Plaza iaitu satu kes baharu, menjadikan jumlah kes sebanyak 52 kes, Malayan Mansion sebanyak lima kes baharu, menjadikan jumlah kes sebanyak 12 kes dan Pusat Bandar Utara serta sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur pertambahan sembilan kes baharu, menjadikan jumlah kes sebanyak 55 kes.
“Bagi aktiviti tertumpu di madrasah atau sekolah tahfiz pula, sehingga semalam didapati 6,229 orang pelajar, guru dan kakitangan sudah menjalani ujian COVID-19. Seramai 341 orang didapati positif COVID-19 atau 5.47 peratus,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, memetik laporan BERNAMA, Dr Noor Hisham berkata seramai 21,466 orang telah menjalani ujian COVID-19 di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sehingga 12 tengah hari ini.

Daripada jumlah itu 638 kes didapati positif COVID-19 iaitu sebanyak 2.97 peratus.


“Didapati bahawa daripada jumlah positif COVID-19 ini, seramai 388 kes (61 peratus) adalah bukan warganegara Malaysia dan baki 250 kes (39 peratus) pula adalah warganegara Malaysia,” katanya.

Tambahnya terdapat pertambahan satu kes baharu di PKPD Menara City One Plaza, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52 kes, Malayan Mansion (lima kes baharu, keseluruhan 12 kes) dan Pusat Bandar Utara serta Sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur ((sembilan kes baharu, keseluruhan 55 kes).

Beliau berkata bagi aktiviti tertumpu di madrasah atau sekolah tahfiz pula, seramai  6,229 pelajar, guru dan kakitangan telah menjalani ujian COVID-19 sehingga semalam dan daripada jumlah itu 341 orang didapati positif (5.47 peratus).

Dr Noor Hisham berkata seramai 12,672 pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara di stesen kuarantin telah menjalani ujian COVID-19 dan daripada jumlah itu seramai 139 orang didapati positif (1.1 peratus).

Beliau berkata daripada jumlah yang dikesan positif itu, 99 kes melibatkan lawatan ke Indonesia, United Kingdom (14), Singapura (13), Turki (lima), Belanda (tiga), Amerika Syarikat (dua), manakala Thailand, Perancis dan Bangladesh masing-masing satu kes. -SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button