Nasionalpilihan

Teguh Bersama rujuk kekuatan & kesepaduan kolektif Keluarga Malaysia – PM

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar.

Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tema tersebut adalah sesuatu yang berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Tambah Perdana Menteri, Teguh Bersama turut merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan kolektif oleh Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan semangat sebuah keluarga.

“Semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini harus disemarakkan dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dalam usaha kita menyejahterakan kehidupan rakyat ketika mendepan cabaran ekonomi global.

“Saya yakin, apabila kita melakukannya secara bersama-sama, tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat keteguhan Keluarga Malaysia,” katanya.

Ismail berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur gemilang 2022 di Presint 13, Dataran Putrajaya.

Sambutan Hari Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang diadakan bagi memperingati perjuangan kebebasan yang dikecapi Keluarga Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara sendiri setelah dijajah oleh kuasa asing.

“Walaupun tidak lagi dibelenggu penjajah, namun Keluarga Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran yang datang dari luar yang boleh menggugat keharmonian yang terjalin selama ini.

“Setelah kita berjuang memerangi Pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, negara kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan Keluarga Malaysia mula menikmati kesejahteraan hidup seperti sebelum pandemik melanda dunia,” katanya.

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button