Nasional

Aidilfitri disambut meriah selepas dua tahun tertangguh

Meskipun majlis sambutan Aidilfitri terpaksa ditangguhkan selama dua tahun lalu ekoran Covid-19, namun sambutan tahun ini disambut meriah di seluruh dunia.

Demikian juga bagi masyarakat komuniti di Kampung Nelayan Warna-warni Program Transformasi Di Raja Seberang Ramai Kuala Perlis yang meraikannya dalam satu majlis meriah pada malam tadi.

Tambah meriah lagi, majlis berkenaan disajikan dengan hidangan istimewa berupa Lemang ‘Warna-warni’ yang disediakan sebagai hidangan seri majlis sambutan berkenaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menerima undangan Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Komuniti Kg Nelayan Warna-warni berkenaan.

Majlis dihadiri lebih 300 penduduk tempatan itu turut disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Panglima Markas 30 Briged Infantri Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Zaki Abu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor, ‘Lemang ‘Warna-warni’ yang disajikan adalah signifikan kepada pelaksanaan Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis (YTSP) dengan kerjasama pelbagai Agensi Negeri dan Persekutuan serta swasta dan masyarakat setempat.

Keistimewaan Lemang ‘Warna-warni’ adalah pada warnanya yang menarik selain mengekalkan resipi tradisi sajian lemang yang dihidangkan bersama rendang dan serunding.

Menurut beliau, ‘Tambah istimewa lemang berkenaan disediakan oleh warga asnaf di bawah bimbingan MAIPs yang mengekalkan citarasa asli lemang dengan aroma yang memikat. Mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi En Rahman di talian nombor 0134623767’.

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button