Luar Negara

COVID-19: Seorang mati setiap 10 minit di Iran

JURUCAKAP Kementerian Kesihatan Iran mengatakan virus corona membunuh satu orang tiap 10 minit. Jumlah kematian kerana corona di Iran ketika ini sudah mencapai 1,284 orang.

“Berdasarkan maklumat kami, setiap 10 minit seorang meninggal dunia akibat jangkitan virus corona dan setiap jam ada 50 orang dijangkiti di Iran,” kata Kianush Jahanpur, lapor portal berita  Haaretz, hari ini.

Alireza Raisi berkata, jumlah mereka yang dijangkiti virus berkenaan di negara itu ialah 18,407 orang.

Kerajaan sudah mengarahkan sekolah dan universiti ditutup dan melarang seluruh kegiatan sukan, budaya, dan agama. Iran juga menutup empat tempat ibadah suci umat Syiah.

Pandemik corona juga membuat kerajaan menyerukan agar warga berada di rumah semasa cuti Tahun Baru Nowruz.

Kementerian Kesihatan Iran mengatakan negaranya telah memeriksa lebih dari 10 juta rakyatnya.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button