Luar Negara

Wajah 67 anak Palestin dibom zionis dalam akhbar Israel, Amerika

PEMBUNUHAN 67 kanak-kanak Palestin yang syahid dibom oleh Israel ketika menyerang wilayah Gaza selama 11 hari bukan sahaja mengundang simpati masyarakat antarabangsa tetapi turut dikecam oleh akhbar Israel Haaretz dan sekutunya Amerika Syarikat, The New York Times.

Foto kanak-kanak tersebut disiarkan oleh Haaretz dengan tajuk ‘Ini adalah harga perang’ dipaparkan di muka depan akhar Israel itu pada Khamis lalu.

Sementara akhbar New York Times yang turut memaparkan wajah kanak-kanak Palestin yang dibunuh Israel itu pada muka depan dengan tajuk “Mereka hanya kanak-kanak’ yang diterbitkan semalam.

Kedua-dua akhbar itu sebelum ini dikenali sebagai media yang mesra kepada negara Israel.

Penyiaran gambar kanak-kanak yang syahid itu mengundang pelbagai reaksi daripada pembaca Haarets yang diterbitkan dalam tulisan dan bahasa Hebrew. Kebanyakan rakyat Israel bersikap sinis terhadap penerbitan gambar dan berita tersebut.

“Saya tertanya-tanya jika di semua negara Arab yang menghendaki kehancuran kita, nama-nama orang kita yang dibunuh diterbitkan di surat khabar mereka. Anda adalah musuh terbesar negara,” komen Michle Michala.

“Hey Haaretz, adakah anda telah memeriksa berapa banyak kanak-kanak yang terkorban akibat runtuhan di Gaza?
Jangan biarkan fakta mengelirukan anda,” kata seorang pembaca yang tidak berpuas hati.

“Surat khabar melayani musuh. Sepihak. Apabila ikan dibungkus di surat khabar anda, ikan turut terbeban,” sindir seorang lagi pembaca.

“Dalam perang tidak ada pemenang. Sangat sedih. Hati saya kepada keluarga mereka. Terima kasih kerana memberikan pandangan kontra kepada nasionalisme yang buta dan mengawal semua media,” kata Yoni Shamir.

Komen yang sama turut boleh ditemui dalam Facebook The New York Times. Ramai pembaca yang mengkritik pembunuhan yang dilakukan oleh Israel.

“Terima kasih kerana memberi nama dan kisah kepada mangsa yang dapat kita kenal pasti. Betapa hancurnya hati,” kat seorang pembaca.

“Malu kepada dunia, membiarkan bayi dan kanak-kanak dibunuh dan membuat alasan !!” kata seorang lagi pembaca.

“Sangat sedih. Ini kerana Perdana Menteri Istarl yang tidak bertanggungjawab mahu terus berkuasa. Saya harap suatu hari nanti akan berlaku keadilan bagi rakyat Palestin,” kata Ann Sharon.-SM

 

 

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button