Luar Negara

Thailand beri amaran lonjakan kes Covid-19 selepas Pesta Songkran

ROYKRATONG, Pesta Air atau Pesta Songkran sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat Thailand kerana pesta yang bakal berlangsung selama tiga hari berturut-turut, mulai 13 hingga 15 April disambut setiap tahun dengan meriah.

Menyimbah atau menyiram air kepada orang ramai dalam Pesta Songkran tidak mengundang kemarahan sebaliknya ia satu keseronokkan bagi rakyat Thailand dalam menjalin hubungan kemanusiaan sesame mereka.

Baca artikel ini > Buka pintu sempadan atasi kemasukan guna laluan tikus

Tiga tahun kebelakang ini, seluruh dunia dilanda Covid-19 dan kehadiran wabak itu telah merubah budaya dan kehidupan sejagat.

Dalam merasa teruja untuk menyambut Pesta Songkran,. pihak berkuasa kesihatan Thailand tampil memberi amaran kepada orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Pesta Songkran berakhir.

Untuk pesta air kecil-kecilan > Shopee

Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) mengunjurkan, jika orang ramai gagal mematuhi langkah-langkah pencegahan, kes harian boleh mencecah angka 100,000 selepas sambutan Pesta Songkran atau dikenali juga sebagai Sambutan Tahun Baharu Thailand itu.

Selain itu, kematian harian dijangka boleh melebihi 250 kes dari pertengahan April hingga Mei nanti.

Sehubungan itu, Ketua Biro Epidemiologi DDC, Dr. Jakrat Phittayawong-anon menggesa orang ramai untuk sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan.

“Kes harian Covid-19 akan menjadi berganda kepada sekitar 50,000 kes dan lebih 100 kematian selepas Songkran,” ujar beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha juga menggesa orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Untuk pesta air kecil-kecilan > Shopee

Jurucakap Kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana berkata, Perdana Menteri Prayuth juga menggesa orang ramai membuat ujian antigen pantas kendiri manakala mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kumpulan berisiko tinggi, disarankan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul berkata, di tengah-tengah kadar vaksinasi yang tinggi, beliau yakin kementerian dapat menguruskan situasi Covid-19 sekiranya berlaku lonjakan selepas Pesta Songkran.

Baca artikel ini >Nilai Dagangan terkini M’sia-Thailand USD23.64 bilion – PM

Bagaimanapun, beliau bimbang terhadap warga emas yang tidak diberi vaksinasi dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Setakat semalam, Thailand merekodkan 21,088 kes baharu dan 91 kematian menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 3,757,575 dan 25,603 kematian. – SM

 

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button