Nasional

78,480 terima vaksin Covid-19 semalam

SEJUMLAH 72,480 rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sehingga semalam sejumlah 3,493,193 dos vaksin Covid-19 telah diberi kepada penduduk Malaysia.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 2,364,455 orang. Daripada jumlah itu, 1,128,738 orang juga telah terima dos kedua,” kata Dr. Adham.

Kerajaan menyasarkan kadar vaksinasi harian mencecah 150,000 pada bulan ini dan angka itu akan terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 bakal tiba dalam tempoh dua bulan akan datang.-SM


(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button