NasionalPolitik

Rina Harun juga ada 100 hari tunjukkan hasil terbaik

DALAM keadaan rakyat Malaysia masih dibelenggu dengan Covid-19, semestinya program Bakul Prihatin yang telah berjalan, diteruskan di bawah penggerakan Datuk Seri Rina Harun.

Lagipun, beliau kekal sebagai menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai jemaah Menteri Kabinet pagi tadi.

Bakul Prihatin Nasional harus terus digerakkan dengan jaya dalam membantu rakyat sepanjang kesulitan yang timbul akibat pandemik Covid-19.

Tetapi langkah yang diorak oleh Rina dan hasil yang perlu ditunjukkan dalam tempoh 100 hari mendatang perlu dilipatkali gandakan oleh Rina dan jenteranya.

Beliau tidak boleh bersenggang kerana waktu senggang itu tiada kerana rakyat mahu jemaah menteri kabinet yang dilantik oleh Ismail Sabri termasuk Rina, bukan sekadar proaktif tetapi aktif dan agresif demi membantu rakyat semua.

Turun padang dan menyantuni masyarakat dilakukan oleh Rina dan biarlah ada kesinambungan langkah seperti ini.

Umpama coretan Rina di bebenang Twiter beliau, “kita tidak mampu mengubah arah angin namun kita mampu mengubah arah pelayaran.” Benar dan sekarang, belayar dengan laju supaya manfaatnya dirasai oleh rakyat. – SM

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button