Luar Negara
Trending

Convid-19: Indonesia haramkan jual kelawar, ular

SEBUAH bandar di utara Sulawesi, Indonesia yang terkenal dengan jualan haiwan eksotik untuk dijadikan makanan telah menghentikan jualannya ekoran ketakutan terhadap wabak convid-19 atau koronavirus.

Tomohon memang terkenal dengan pasarnya yang menjual daging dan haiwan hidup termasuk tikus, ular, kelawar dan monyet sebagai makanan harian.

“Kami telah memaklumkan para peniaga untuk menghentikan sementara penjualan haiwan tersebut dan yang dianggap sebagai ekstem.

“Kami juga mengetatkan pemantauan untuk mengawasi lori-lori yang membawa haiwan seperti itu ke Tomohon,” kata Ketua Kesihatan Tomohon, Isye Liuw.

Katanya, beliau telah menubuhkan pasukan bagi menyampaikan maklumat mengenai larangan itu.

Langkah itu diambil selepas Kementerian Perdagangan negara itu mengumumkan larangan import ternakan dari China.

Kementerian itu sebelum ini telah mengharamkan import makanan eksotik dari China.

Kes terawal koronavirus dikaitkan dengan sebuah pasar di Wuhan yang dilaporkan menjual haiwan eksotik.

Indonesia belum mencatatkan sebarang kes koronavirus setakat ini.

Tetapi pasukan dari kesihatan awam Amerika Syarikat berkata, ketiada kes di negara-negara yang mempunyai penerbangan terus dengan Wuhan seperti Indonesia kemungkinan mempunyai kes yang tidak dikesan atau tidak dilaporkan.

Negara terbabit perlu mengetatkan kawalan wabak untuk memastikan kes-kes yang berpotensi dapar dikesan.

Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto pula tidak berpuas hati dengan cadangan yang mengatakan Indonesia tidak melakukan pemantauan secukupnya untuk memantau dan mengenal pasti penghidap wabak itu.

“Ini satu penghinaan, Kami menggunakan peralatan dari Amerika,” kata Terawan.

Pegawai perubatan Indonesia sedang menyiasat maklumat bahawa seorang pelancong dari China telah diuji positif koronavirus selepas melancong ke Bali.

Lelaki dari Wuhan – pusat wabak itu – diuji positif pada 5 Februari, seminggu selepas pulang dari bercuti.

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button