fbpx
Nasional

Covid-19: Kes baharu 6, kes aktif berbaki 344 orang

Hanya enam kes baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam melibatkan dua kes import dan empat kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata kes aktif Covid-19 di Malaysia kini berbaki 344 kes apabila 70 orang lagi sembuh hari ini.

Ini menjadikan keseluruhan yang sembuh adalah seramai 8,070 orang atau 94.55 peratus daripada 8,535 orang telah pulih dan dibenarkan pulang.

Tiada kematian dicatatkan dengan jumlah kematian kekal 121 kes.-SM

 


 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button