JenayahMahkamahNasionalpilihan

Abu Bakar Abdul nafi terlibat kes salah guna kuasa

BEKAS Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd Datuk Abu Bakar Abdul menafikan dirinya terlibat dengan satu kes pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat lalu.

Abu Bakar berkata, beliau berkhidmat di anak syarikat kerajaan negeri itu bermula 8 April 2020 sehingga 31 Jan 2023 manakala kes berkaitan salah guna kuasa tersebut berlaku pada 2018.

“Saya menafikan diri saya terlibat dengan salah guna kuasa sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini dan mungkin ada pihak yang keliru dengan berita tersebut sekali gus membuat pelbagai andaian memandangkan nama saya dan tertuduh adalah hampir sama.

“Justeru saya berharap tiada lagi andaian dibuat oleh mana-mana pihak berdasarkan berita terdahulu dan tidak memperbesar-besarkan isu ini lagi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada Jumaat lalu (16 Feb) lalu, seorang bekas pengurus besar sebuah anak syarikat kerajaan negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas pertuduhan salah guna kuasa dengan melantik anak perempuannya memegang jawatan di syarikat yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Abu Bakar Jani didakwa menggunakan jawatannya apabila terlibat dalam proses temuduga pemilihan jawatan dalam melantik anak perempuannya ke dalam syarikat tersebut.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Syarikat Panorama Melaka Sdn Bhd, Bangunan Terminal, Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak di sini pada 27 Dis 2018. – SM

Artikel berkaitan > SPRM Melaka tahan dua ketua jabatan, seorang pengarah syarikat

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button