AgamaNasional

Ustaz Iqbal Zain pimpin Tahlil Perdana, doa untuk kesejahteraan 30 tokoh negara

Seramai 30 tokoh negara yang telah meninggal dunia akan disebut namanya dalam doa semasa Tahlil Perdana dalam program Zikir Perdana Sedunia 2023.

Tahlil Perdana akan dipimpin Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari selepas Asar di ruang solat Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Oktober, kira-kira jam 4.30 petang.

Selain Ustaz Iqbal Zain, Maulana Mohd Wan Aswadi serta Syeikh Ala Iddin Athory dijadualkan akan turut bersama dengan jemaah bagi merakyatkan Tahlil Perdana.

Penganjur, Pertubuhan Sufi Antarabangsa yang juga dikenali sebagai World Sufi Center berkata, nama-nama ini dibacakan agar jasa mereka dikenang generasi hari ini.

“Tokoh-tokoh ini terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya serta tokoh negara yang telah meninggal dunia sejak 1957 sehingga kini.

“Penting untuk generasi hari ini mengetahui kewujudan nama-nama yang disebut kerana dengan jasa mereka, Malaysia aman dan harmoni sehingga kini,” kata penganjur.

Menyedari 14 Oktober 2023 turut dianjurkan Hari Sukan Negara di sekitar Putrajaya, penganjur mengajak orang ramai untuk tenangkan rohani pada petang serta malam.

“Hari Sukan Negara adalah satu program khusus untuk kesihatan jasmani (fizikal) manakala Zikir Perdana Sedunia khusus untuk kesihatan rohani (dalaman).

“Maka kita boleh raikan bagi 14 Oktober itu adalah hari untuk kita bersukan secara luaran serta dalaman dari pagi sehingga malam demi pemantapan ummah,” kata penganjur.

Mengulas lanjut tentang Zikir Perdana Sedunia 2023, acara Syair dan Qasidah Melayu akan dianjurkan selepas Tahlil Perdana di kawasan yang sama.

“Uniknya tentang Syair dan Qasidah Melayu ini, kita bawakan irama tempatan, tanah air, yang mampu berdendang dengan lenggok tersendiri.

“Objektif tetap satu iaitu menyampaikan mesej agar umat hari ini mengukuhkan budaya Malaysia Ingat Allah dan Malaysia Cinta Rasulullah,” kata penganjur. – SM

Sumbangan diperlukan | Link untuk infaq bagi kelancaran Zikir Perdana Sedunia 2023 | Semoga dimurahkan serta dilipat kali gandakan rezeki oleh Allah SWT

Infak Untuk Zikir Perdana Sedunia 2023 (Klik Di Sini)

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button