Nasional

MPN mahu ketelusan, semak imbang pemerintahan diberi perhatian

KETELUSAN dan sistem semak imbang dalam dalam pemerintahan negara khususnya ketika dalam tempoh Proklamasi Darurat perlu diberi perhatian.

Dua perkara itu adalah signifikan memandangkan Perdana Menteri pada ketika ini mempunyai kuasa penuh selepas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung.

Walaupun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan Proklamasi Darurat yang berlangsung sehingga 1 Ogos ini adalah untuk menangani krisis kesihatan.

Namun, kerajaan perlu menerima nasihat dan kritikan bagi memastikan matlamat perintah darurat itu tercapai.

“MPN (Majlis Profesor Negara) mengadakan mesyuarat melibatkan pakar perlembagaan, sains politk dan lain-lain untuk meneliti dan memperhalusi perkara-perkara berkaitan Proklamasi Darurat.


“Pandangan daripada para profesor adalah pelbagai berdasarkan sudut pandang dan keilmuwan dan kebitaraan masing-masing.

“Sesungguhnya, MPN sebagai sebuah badan yang mewakili para ilmuwan negara, menerima dan menyanjung titah Yang di-Pertuan Agong memperkenan Proklamasi Darurat 2021 demi menangani pandemik Koronavirus (Covid-19) secara lebih berkesan.

“Namun, pihak MPN melalui mesyuarat tersebut turut membangkitkan beberapa isu yang mungkin boleh diberikan perhatian khususnya dalam sistem semak dan imbang serta ketelusan dalam pemerintahan negara sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.”

Kata Presiden MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu beliau juga menafikan kenyataan yang tular mengenai Proklamasi Darurat kononnya dikeluarkan oleh MPN baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi sedemikian dan mendakwa kenyataan tular itu adalah berita palsu.

Namun, Raduan menyeru rakyat Malaysia supaya berganding untuk menentukan tempoh darurat ini dapat memenuhi matlamat menangani krisis kesihatan.

“MPN mengaja seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik untuk bersama-sama menentukan tempoh darurat yang dilalui ini dapat benar-benar memenuhi matlamat untuk menangani wabak Covid-19 serta kesan-kesan neagtif berkaitan dengannya.

“MPN juga tegas menekankan agar tumpuan harus juga diberikan agar agenda ekonomi terus dipertingkat dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara,” serunya. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button