Ekonomi

Cnergenz rekod hasil RM36.9 juta suku pertama 2022

CNERGENZ Berhad (CNERGENZ), merekodkan hasil RM36.9 juta untuk suku pertama 2022, yang disumbangkan daripada jualan mesin dan peralatan teknologi pelekap permukaan (SMT) yang membentuk 60.9 peratus daripada jumlah hasilnya.

CNERGENZ yang merupakan penyedia penyelesaian pembuatan elektronik yang berpangkalan di Pulau Pinang,
turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.87 juta dan mencapai keuntungan bersih (PAT) sebanyak RM3.64 juta bagi tempoh tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif CNERGENZ, Lye Yhin Choy berkata, aktiviti pembuatan kekal teguh pada suku pertama 2022 yang membawa kepada permintaan berterusan untuk penyelesaian bersepadu syarikat dalam industri elektronik dan semikonduktor (E&S).

“Kami juga telah melihat peningkatan dalam permintaan untuk penyelesaian kilang pintar kerana pelanggan melihat kepada automasi untuk menyelesaikan masalah tenaga kerja.” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, jualan yang dijana daripada penyediaan segmen penyelesaian bersepadu menyumbang 31.2 peratus kepada jumlah hasilnya.

Pengiraan ini selepas tidak termasuk perbelanjaan sekali sahaja berkaitan tawaran awam permulaan berjumlah RM0.16 juta yang ditanggung dalam tempoh tersebut, PBT dan PAT syarikat masing-masing berjumlah RM5.03 juta dan RM3.80 juta.

“Kami akan meneruskan rancangan yang telah kami kongsikan menjelang penyenaraian syarikat ini, termasuk pengembangan kemudahan untuk membolehkan kami meningkatkan operasi, serta mengukuhkan aktiviti R&D untuk membangunkan sistem bersepadu baharu dan inovatif dan penyelesaian kepada pasaran.

Sehingga kini, CNERGENZ telah memperoleh pesanan pembelian berjumlah RM82.48 juta, yang dijangka dapat dipenuhi menjelang akhir 2022.

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button