Ekonomi

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding Dolar AS pada pagi ini. Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan dibuka tinggi pada 4.1750 berbanding Dolar AS daripada 4.1795 pada penutupan semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali Euro di mana ia mengukuh kepada 4.7269 daripada 4.7274 pada penutupan Rabu.

Ringgit susut berbanding Pound Britain kepada 5.6304 daripada 5.6127, susut berbanding Yen Jepun kepada 3.6555 daripada 3.6394 dan jatuh berbanding Dolar Singapura pada 3.0785 daripada 3.0787 sebelumnya. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button