Ekonomipilihan

Pemegang saham lulus semua resolusi AGM Bintai Kinden

PETALING JAYA 15 Sept – Para pemegang saham Bintai Kinden Corporation Bhd (Bintai Kinden) meluluskan semua resolusi mesyuarat agung tahunan Bintai Kinden yang diadakan secara maya hari ini.

Selain itu, pengarah-pengarah yang tempohnya tiba untuk pemilihan semula, juga dipilih oleh pemegang saham dalam AGM ke-28 itu.

Bintai Kinden dalam kenyataannya berkata, pemegang saham turut meluluskan resolusi untuk menerima penyata kewangan teraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022, serta memilih semula Ooi Jit Huat dan Mohd Shakir Shahimi, pengarah yang akan bersara menurut Klausa 8 perlembagaan syarikat.

“Pengarah yang bersara menurut Fasal 113 perlembagaan Syarikat, Mohd Idzwan Izuddin Datuk Ab Rahman dan Ku Chong Hong, telah menawarkan diri mereka untuk pemilihan semula, juga dipilih semula,” kata Bintai Kinden di sini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bintai Kinden, Azri Azerai berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham atas sokongan dan keyakinan berterusan teehadap syarikat.

“Kami akan berusaha untuk memastikan kepentingan mereka serta kepentingan pihak berkepentingan lain terpelihara semasa kami berusaha untuk mengembangkan perniagaan.” katanya.

AGM tersebut turut memberi kuasa kepada lembaga pengarah bagi memperuntukkan dan menerbitkan saham yang tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah saham terbitan syarikat pada masa terbitan berkuat kuasa sehingga tamat AGM berikutnya juga telah diluluskan oleh pemegang saham.

Di samping itu, pemegang saham juga mengetepikan hak pendahuluan berkanun untuk ditawarkan saham Bintai Kinden dengan kedudukan yang sama dengan saham terbitan sedia ada mengikut Seksyen 85 Akta Syarikat 2016 dan dengan Fasal 52 perlembagaan syarikat.

Tetuan HLB Ler Lum Chew PLT juga dilantik sebagai juruaudit Bintai Kinden dan pemegang saham memberi kuasa kepada pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka. Resolusi lain yang diluluskan termasuk pembayaran yuran pengarah berjumlah RM108,000 untuk tahun kewangan T
2022 dan meluluskan faedah lain pengarah yang perlu dibayar sehingga jumlah RM10,000 dari 16 September 2022 kepada AGM Syarikat yang berikutnya.

Pada AGM itu, para pemegang saham turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai tunggakan berjumlah RM42 juta yang terhutang oleh Kolej Teknologi Islam Melaka Berhad (KTIMB) kepada anak syarikat milik penuh Bintai Kinden, Optimal Property Management Sdn Bhd (OPM) untuk pembinaan dan operasi penginapan pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), kini dikenali sebagai Universiti Melaka (UNIMEL).

OPM telah menyiapkan pembinaan penginapan pelajar UNIMEL pada 2019. KTIMB telah menganugerahkan konsesi 25 tahun pada 2016 kepada OPM untuk membina dan mengendalikan penginapan pelajar di KUIM ketika itu tetapi sehingga kini, OPM hanya menerima sebahagian daripada yuran konsesi kerana mengendalikan penginapan pelajar dan telah dipaksa menggunakan dana sendiri.

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button