Ekonomi

Cawangan SPBN Kuching dirasmi, bantu B40 miliki rumah

SYARIKAT Perumahan Negara Berhad (SPNB) merasmikan cawangan di Kuching, Sarawak dalam membantu golongan B40 di negeri itu untuk membeli rumah pada harga yang boleh dimiliki.

Perasmian cawangan tersebut merupakan salah satu inisiatif penjenamaan semula SPNB di seluruh negara yang memberi fokuskan pemilikan rumah bagi golongan B40 dengan nilai tidak melebihi RM300,000 dan berkeluasan minimum 900kps.

Pejabat cawangan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin baru-baru ini.

“Dengan adanya cawangan SPNB di Sarawak ini sejak 2004, orang ramai khususnya golongan B40 di Sarawak boleh berhubung terus dengan SPNB bagi mendapatkan maklumat berkenaan Program Rumah Mesra Rakyat dan pembelian rumah-rumah kediaman SPNB yang mampu dimiliki.

“Ini sekaligus mampu mengukuhkan kedudukan SPNB di Sarawak memandangkan jenama SPNB lebih releven dan memfokuskan pemilikan rumah bagi golongan B40,” kata SPNB dalam satu kenyataan.


Pada majlis itu dua model baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berkonsepkan kontemporari bagi pembangunan RMR di Sarawak diperkenalkan.

Antara rekabentuk baharu adalah jenis bertiang berkeluasan 900kps dengan tiga bilik dan dua bilik air dengan harga dianggarkan bermula dari RM85,000 bergantung pada lokasi. Rekabentuk baru tersebut adalah antara enam rekabentuk baharu yang telah SPNB perkenalkan sebelum ini.

Selain daripada rekabentuk baharu, SPNB juga memberikan penambahbaikan ke atas polisi perlindungan insuran RMR sedia ada dengan memberikan perlindungan kemalangan, badal haji, khairat kematian dan juga kos penghospitalan sebanyak RM100 sehari.

Untuk rekod SPNB telah berjaya menyiapkan sebanyak 2,904 unit rumah kediaman SPNB di Sarawak. SPNB akan melancarkan beberapa projek di negeri itu antaranya di Kuching dan Miri melibatkan 2,187 unit kediaman.

Sehingga Mac lalu sebanyak 6,551 permohonan RMR di Sarawak di terima di mana 1,492 unit RMR telah siap manakala 17 unit sedang dibina dan 28 unit RMR sedia untuk pembinaan. Sebanyak 240 unit RMR diperuntukan untuk pembinaan bagi tahun 2021.

Turut hadir pada majlis perasmian adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Seri Sim Kui Hian, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak Mohamad Asman Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Hasleen Isnin.

Sebarang pertanyaan dan permohonan RMR boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang www.spnb.com.my -SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button