Hiburan

Cilakalah kami kalau tak bantu jiran sendiri – Altimet

PENYANYI, Altimet meminta sesiapa yang memerlukan bantuan untuk mengibarkan bendera putih pada Jumaat.

Menurutnya, dia dan rakannya akan meronda untuk menghulurkan bantuan bermula pukul 2 petang hingga 6 petang di sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak, Selangor.

“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan pintu rumah untuk yang memerlukan.

“Tidak perlu malu, kami tidak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik.

“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak menolong jiran sendiri,” katanya.

Menurut Altimet, dia dan rakannya akan meronda setiap Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran.

Tambahnya, mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan dana ke akaun yang telah disediakan (Maybank: 564874006702). -SM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button