Jenayah

Dua warga Indonesia positif Covid-19 larikan diri

POLIS kini giat memburu dua warga Indonesia positif Covid-19 yang lari dari rumah kongsi mereka di Petra Jaya, Sarawak sejak petang semalam.

Dua individu itu didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan pada 16 Jun lalu sebagai syarat bekerja di tapak pembinaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyedari yang kedua-duanya telah lari sejak petang semalam.

“Operasi mencari pasangan terbabit telah dimulakan sejak malam tadi.

“Tindakan mencari mereka bermula sejak malam tadi di beberapa lokasi namum masih belum berjaya dikesan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Menurut Datuk Aidi, pihaknya kini sedang mengesan mereka dengan dibantu oleh anggota dari daerah-daerah bersempadanan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Darussalam dan Nurul Hasanah boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. -SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button