Nasional

Jumlah mangsa banjir di Johor menurun

SITUASI banjir di Batu Pahat terus bertambah baik apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu terus menurun setakat 8 pagi tadi (20 Mac).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah itu menurun kepada 10,396 mangsa yang ditempatkan di 51 pusat berbanding 13,872 di 59 pusat malam tadi (19 Mac).

Menurut JPBN, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Aman mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 552 orang, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chun (522) dan SJKC Tongkang (478).

Terdapat tiga sungai yang masih berada pada paras amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.06 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.17 meter) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.30 meter). -SM

BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/moratorium-6-bulan-diberikan-kepada-mangsa-banjir-johor/

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button