BeritaPendidikan

Cabaran pendidik dalam era ICT

Tugas seseorang itu sebagai pendidik atau pensyarah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perkembangan dan perubahan drastik bidang pendidikan alaf ini serta Covid-19, sesungguhnya memerlukan para pendidik melakukan anjakan pradigma dalam proses PdP yang lebih proaktif dan bercirikan perkomputeran atau penggunaan teknologi multimedia.

Dengan peningkatan penguasaan dalam teknologi ICT yang semakin canggih juga, kualiti pendidikan negara diyakini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pendidikan global.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih. Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Rahim, Kampung Titi Tok Bandar dekat Kangar untuk diagihkan oleh amilnya, Mohd Faisal Mohd Arshad.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button